Dear Visitors. Kindly noted that, we will only able to publish the comment which is related to the topic. Thank You.
Custom Search

Monday, December 1, 2008

Mukhriz dan Isu Sekolah Jenis Kebangsaan

Definisi yang yang diperjelaskan oleh Mukhriz tentang Ketuanan Melayu adalah memuaskan :
"Ketuanan Melayu bermaksud kedaulatan Raja-Raja Melayu "dan kita menyebut mereka Tuanku dan semua bangsa menerimanya dan mereka mengamalkannya".

Namun demikian, minda beliau agak terpesong ketika menyatakan bahawa sistem sekolah vernakular yang telah mempolarisasikan masyarakat dan menyebabkan kefahaman yang lemah mengenai konsep ketuanan Melayu di kalangan orang bukan Melayu. Beliau juga berpendapat bahawa perpecahan dalam masyarakat timbul akibat perbezaan sistem pendidikan dan mencadangkan agar sistem pendidikan tunggal dilaksanakan untuk meningkatkan lagi perpaduan rakyat.
.
Apa kata jika kita laksanakan sistem pendidikan tunggal iaitu Sekolah Inggeris. Tiada kepentingan bahasa kepada mana-mana bangsa dinegara ini. Semua bangsa dengan satu bahasa. Mendidik anak-anak fasih Bahasa Inggeris membuka minda dan ruang yang amat luas untuk mereka mengembangkan sayap dalam bidang pendidikan dan pekerjaan.
Membubarkan sekolah vernakular dan memaksa rakyat belajar di sekolah kebangsaan (melayu) adalah tidak logik dan bukan cara penyelesaian untuk memahami 'KETUANAN MELAYU'. Adakah saudara melayu kita akan menerima jika bangsa melayu di Thailand dan Kemboja diperlakukan seperti ini hanya kerana tidak memahami 'Ketuanan Thai' ataupun 'Ketuanan Kemboja' ? Apakah terjadi di Thailand ? Pemberontakan dan Pengganasan.
Apakah telah terjadi pada 25 November 2007 ? Beribu-ribu penunjuk perasaan berbangsa India berkumpul di ibu negara untuk mempertahankan pelbagai isu, antaranya Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Setelah melalui keadaan seperti ini dan mengetahui perasaan rakyat, Mukhriz tidak harus membuta tuli mengeluarkan kenyataan sebegini hanya untuk meraih populariti untuk memenangi pilihanraya Pemuda UMNO.

8 comments:

balan said...

I think we have to take a broader look at this issue.

If singapore can do it, why can't we. I do not see Singaporean Tamil losing their culture, identity whatsoever.

Do read my opinion on this issue and also Tamil Schools.

http://balankumarpremakumaran.blogspot.com/

semutar said...

Mendukung ketuanan Inggeris pun satu hal. Ini Tanah Melayu, kenapa Inggeris pula nak didukung. Inggeris tu pun satu bangsa, jadi kenapa masalah dengan Melayu dan ini tanh airnya.

Mentaliti yang perlu diubah, mentaliti yang sukar terima kenyataaan bahawa ini tanah Melayu, itu masalahnya.

Komuniti imigran masih buat-buat sukar memahami ini.Habis, bahasa Inggeris di Australia sebagai bahasa kebangsaan itu perkaumankah?

Anonymous said...

Ketuanan Melayu usah dikelirukan. Kenapa dilihat hanya dari aspek tuan-hamba sahaja. bagaimana dengan tuan-puan atau tuan dalam surat kiriman rasmi.

Harus diterima dengan rasional bahawa tanah ini Tanah Melayu, kerajaan Melayu, raja Melayu, Rakyat Melayu yang terdiri daripada pelbagai kaum sejak dulu lagi.

Kalau ada raja Melayu tentu ada rakyat Melayu. Itu pun susah ke nak faham. Kenapa sukar sangata untuk terima Melayu sebagai konsep, dan bukan semata-mata dilihat dari sudut bangsa atau kaum.

Konsep negara, jati diri bangsa, citra tamadun, bahasa dan pelbagai lagi di negara ini hendaklah berlandaskan Melayu, kerana ini tanah Melayu. Lihat US, dengan citra Amerikanya.

micyouth said...

Semutar : Tanah air adalah milik semua bangsa dan rakyat yang telah mencurahkan bakti. Jika Tanah Air milik Tanah Melayu, apakah Orang Asli, Kadazan, Iban bukan kaum peribumi? Saya rasa mereka menetap disini lebih awal daripada kaum Melayu. Cuma kaum melayu majoriti dan memiliki kuasa politik. Manakala cina dan india, masing-masing mempunyai peranan dalam membangunkan negara seabad yang dahulu. Lihat kepada pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka, siapakah dia bendahara pada ketika itu ? Kaum keturunan India juga. Adat-adat dan bahasa dipengaruhi oleh budaya india. Ekonomi pula dibangunkan oleh cina.
Jadi saya rasa semua bangsa mempunyai hak keatas negara ini. Tidak sesiapapun harus dipinggirkan.

Vastu said...

Apa yang Mukriz dan umno bigots tak paham ialah masalah perpaduan wujud bukan kerana sekolah venarkular tetapi kerana dasar umno yang hipokrit.

Diskriminasi terhadap golongan bukan umno telah menyebabkan rakyat berpecah. Perpecahan ini bukan sahaja di kalangan masyarakat melayu dan bukan melayu tetapi turut berlaku di kalangan masyarakat melayu sendiri. Bukankah masyarakat melayu pada asasnya dari sekolah kebangsaan. Kenapa pula berlaku perpecahan?

Apakah ada kajian yang membuktikan perpaduan dikalangan generasi muda daripada sekolah kebangsaan tidak kira bangsa dan agama kukuh? Setahu saya tidak ada apa-apa kajian untuk membuktikan perpaduan sangat kukuh dikalangan pelajar dari sekolah kebangsaan jadi tak payahlah nak salah kan sekolah vernakular lagipun bilangan pelajar masih rendah berbanding dengan sekolah kebangsaan.

Singapura mampu melakukannya kerana mereka mengamalkan dasar yang sama kepada semua warganegaranya. Jadi tidak ada agenda untuk menjajah sesama bangsa yang mempunyai kewarganegaraan yang sama. Tetapi di Malaysia, umno tetap mempunyai dasar tersembunyi untuk menjadi penjajah baru.

Saya amat yakin, walaupun sekolah cina dan tamil ditutup perpaduan tetap akan rapuh selagi umno enggan membuat perubahan ke atas dasar-dasar yang menganaktirikan warganegara Malaysia yang berbangsa bukan umno.

Sharmalan said...

I believe that vernacular education should be abolished.

The goverment must make it a law that every student of Tamil origin, must learn Tamil language in school.

It will be better if Malaysian students of all races and religion, study under one roof.

Regards,

Sharmalan

Anonymous said...

mr.balan,

did singapore have any policy such as NEP? they can do that because they been treat equaly and not like us. UMNO claim that British break and rule but what they doing now?? why should have NEP? why there is double standart in everything? if there any proof showing that singapore indians dont loose their identity? you are totaly wrong. as i travel frequantly to singapore found that young indian generation there having serious culture identity problem and some one them even told that thay feel shame to address them as INDIAN. is this what you want to see?

you compare to Singapore but their government not like us. i have read about your article regarding Tamil school and 1 school system. your claims are not accpetable.

we should have these vernacular shools as it benefits lots of indians and chinese. its a unique type of school where should preserve it.

i would suggest to change our thinking level and rid of racism rather than combine the school system. school nothing to do with unity as its a place to gain knowledge and good value. unity can be achive even through various school system as long as no one spoil the young mind with racism.

nation unity is not something that can be teach in school. its must go through our mind and heart. no point you have lot of programs to teach unity if one one whants to accept it with open minded.

as long as no body poison young minds doens't matter what and how school system we have UNITY can be achieve.

Anonymous said...

Sudah..fahami lah perkara 153, juga perkara 152...kita ada bahasa kebangsaan bang oi.. yang nak p dukung bahasa ingeris tu wat aa