Asahan, Melaka.
Pemuda MIC (Biro Keahlian dan Pemuda MIC Melaka) bersama Datuk R.Raghavan telah melawat keluarga si remaja yang meninggal dunia diatas sebab misteri. Remaja tersebut Kugan Rajendran berusia 19 tahun ketika meninggal dunia. Beliau dijangkiti demam campak, kemudian menerima rawatan daripada Hospital sebelum meninggal dunia. Pihak Hospital mengesahkan bahawa kematian adalah disebabkan oleh penjangkitan bakteria dan kuman. Manakala keluarga mangsa sukar menerima alasan yang diberikan oleh pihak hospital. Namun pihak keluarga tidak berhasrat untuk menyiasat lanjut kes kematian diatas sebab-sebab peribadi. Maka Pemuda MIC hanya dapat menghulurkan bantuan kewangan dan sedia membantu keluarga tersebut pada masa hadapan.
No comments:
Post a Comment