Dear Visitors. Kindly noted that, we will only able to publish the comment which is related to the topic. Thank You.
Custom Search

Monday, October 13, 2008

Tragedi Oktober : Anwar Ibrahim @ Mat Jenin


Penyokong-penyokong Anwar Ibrahim dari dalam dan luar negara, penulis-penulis blog, dan rakyat Malaysia amat menanti-nantikan detik sejarah yang akan direalisasikan oleh pemimpin mereka yang sensasi. Undi tak percaya kepada PM dan mengambil alih pentadbiran kerajaan pusat segali gus menjadi Perdana Menteri Malaysia pada hari pertama persidangan parlimen. Namun pemimpin penuh sensasi tersebut mempunyai cerita yang lain kali ini..... mari kita sama-sama menghayatinya...
Mengikut artikel malaysiakini.com, Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim tidak berminat meneruskan rancangannya menukar kerajaan persekutuan melalui usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Rakyat yang sedang bersidang. Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sekarang menumpukan fokus pada isu-isu ekonomi, termasuk Bajet 2009."Buat masa ini fokus kita ialah terhadap bajet," katanya, juga ketua PKR, di lobi Parlimen hari ini.
Itulah angan-angan Mat Jenin. Ramai sahabat-sahabat diluar sudah mula meragui kata-kata sensasi DS Anwar Ibrahim sebelum ini. Kalau beliau mempunyai jumlah MP yang mencukupi untuk lompat parti, hari ini adalah hari penentuan. Maka terbuktilah bahawa kata-kata sensasi DS Anwar Ibrahim adalah dongeng belaka. Beliau tertekan dengan arus perubahan politik BN yang mula menampakkan kestabilan. Beliau ketandusan modal untuk berpolitik, maka terus cuba mengancam DS Najib yang menjadi batu penghalang kepada beliau dalam mengejar impian menjadi Perdana Menteri Malaysia.

No comments: