Majlis Fatwa Malaysia telah mengharamkan Yoga pada beberapa hari yang lalu. Ia mendapat pelbagai reaksi daripada pelbagai badan bukan kerajaan dan individu. Antara yang tidak sehaluan pendapat dengan Majlis Fatwa Malaysia ialah, Sisters In Islam dan Malaysia Hindu Sangam.
Masing-masing berpendapat, dalam mempraktikan Yoga, tidak ada sebarang insiden yang menyatakan seseorang yang beragama Islam akan memeluk agama Hindu. Yoga adalah sejenis senaman untuk kesihatan. Majlis Fatwa seharusnya merujuk kepada Malaysia Hindu Sangam untuk penjelasan yang terperinci tentang Yoga, bukannya mengambil keputusan secara begitu sahaja.
Agama Hindu juga tiada sebarang peruntukan undang-undang untuk sesiapa untuk memeluk agama Hindu. Yoga tidak mempunyai unsur-unsur menyebarkan agama. Yoga juga diamalkan oleh masyarakat Timur Tengah (negara-negara Arab).
Harus diingat, perkara yang baik untuk semua haruslah diterima dan diserap dengan cara yang baik. Pemikiran positif penentu hidup manusia. Selagi ada pemikiran kolot dan sempit, integriti tidak mungkin akan tercapai di negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.
No comments:
Post a Comment