Lompat Parti, BN tidak pernah praktikannya sehingga DS Anwar Ibrahim mengajar ahli politik cara lompat parti. Yang uniknya, ahli-ahli partinya belajar dengan cukup baik dan lompat dari parti Pakatan Rakyat ke BN. Hairannya, apabila ADUN Bota lompat parti ke Pakatan Rakyat sebelum ini, para pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat menyifatkannya sebagai satu tindakan yang bijak dan wajar. Namun demikian, apabila wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat lompat parti masuk BN, lain pula ceritanya.
Walau apa-apa pun, amat diharapkan bahawa pihak Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional akan menghormati keputusan Sultan Perak yang akan menjadi muktamad.
No comments:
Post a Comment