Dear Visitors. Kindly noted that, we will only able to publish the comment which is related to the topic. Thank You.
Custom Search

Saturday, March 28, 2009

Pakatan Rakyat Bukan Parti Berdaftar

Isu mengapa parti DAP, PKR dan lain-lain parti pembangkang tidak dibenarkan berkempen, mengibarkan atau menggunakan poster parti selain daripada PAS (Yang Bertanding).... Manakala Barisan Nasional memang berdaftar.

Golongan netizen harus mengerti bahawa Pakatan Rakyat secara amnya tidak wujud. Ia tidak pernah didaftarkan ataupun tidak pernah dimohon untuk didaftarkan. Ia adalah satu pertunjukan silap mata untuk mengaburkan mata rakyat.

Secara logiknya kita tahu bahawa hanya parti yang bertanding dibenarkan berkempen.. dan itulah prosedur yang sebenar. Maka dalam isu ini, memang wajar parti-parti yang tidak bertanding tidak dibenarkan berkempen.

Jika mahu berkempen bersama, daftarkanlah Pakatan Rakyat sebagai parti yang sah.

Hairannya mengapa mereka tidak mahu berdaftar ?

Cuba perhatikan Markas PAS.... adakah bendera DAP berkibar disana ? Adakah bendera PAS berkibar di mana-mana pejabat DAP ?

Fikirkanlah....

No comments: