Dear Visitors. Kindly noted that, we will only able to publish the comment which is related to the topic. Thank You.
Custom Search

Tuesday, May 20, 2008

Dilema Politik

Seperti yang diketahui Tun Dr.Mahathir telah mengishtiharkan keluar daripada parti UMNO/BN. Saya selalu berpendapat bahawa beliau sebagai satu elemen berpengaruh dan pengubah minda masyarakat. Sebagai contohnya, cuba kita lihat senario pilihanraya umum ke-12. Kritikan beliau yang tidak berkesudahan membuatkan orang mula berfikir untuk menggunakan peluang mengundi untuk meluahkan rasa tidak puas hati. Perhatikan juga tindakan Tun Dr.Mahathir mengeluarkan kenyataan seolah-olah bahawa Presiden MIC, Dato Seri Samy Vellu tidak pernah menyuarakan kepentingan kaum india di mesyuarat kabinet ketika beliau menjadi Perdana Menteri. Kenyataan ini telah memberikan impak maksima terhadap kaum india dalam membuat keputusan mengundi. Secara keseluruhannya, saya berpendapat, rata-rata mengundi pembangkang bukan kerana menyokong mereka tetapi sebagai tanda protes terhadap ketidakpuashatian pada pentadbiran sekarang. Tidak juga dinafikan pemikiran kearah mengundi pihak alternatif telah didorong oleh media internet dan juga kesan kritikan Tun Dr.Mahathir.
Pada pendapat saya, keputusan TDM keluar parti segali gus melemahkan lagi parti BN keseluruhannya. Ia akan membuka ruang kepada parti pembangkang untuk melangkah ke depan dalam merealisasikan impian mereka dalam membentuk kerajaan baru. Saya tidak menafikan perkara itu memandangkan mereka hanya memerlukan hanya kurang daripada 40 parlimen untuk membentuk kerajaan pakatan.
Kini, saya berada didalam dilema memikirkan satu keadaan baru yang tidak pernah dilalui oleh saya, iaitu kemungkinan satu situasi dimana buat pertama kali dalam sejarah malaysia, Pakatan Rakyat membentuk kerajaan. MIC akan menjadi pembangkang. Parti akan kehilangan banyak kepentingan dalam kerajaan. Ayat 'The only party for Indians in GOVERNMENT' tidak akan dapat dilaungkan lagi. Apakah keadaan sebenar parti dan ahli-ahlinya sekiranya ini berlaku ? Dalam kajian saya bertanyakan kepada ramai sahabat dan kenalan berkenaan perkara ini.... majoriti daripada mereka tidak kisah dan bagi pendapat mereka pertukaran kerajaan baru tidak mungkin akan membawa kepada keburukan, tetapi lebih kepada kebaikan dan sekurang-kurangnya tiada perubahan. Oleh yang demikian, mereka tidak gentar seperti saya yang berada dalam parti pemerintah. Mereka selalunya mengambil Pulau Pinang, Perak, Selangor sebagai contoh yang baik dalam peralihan kuasa, dimana kaum india diberikan keutamaan dalam pentadbiran kerajaan. Contoh buruk pentadbiran sekarang dirujuk kepada Pahang dimana tiada seorang wakil india di pentadbiran kerajaan negeri walaupun terdapat penambahan kerusi EXCO. Perkara-perkara begini diperhatikan oleh semua, dianalisa dan mendapat gambaran politik malaysia yang sebenar. Semua insan mahukan yang terbaik, semua bangsa mahu mereka dihargai, semua masyarakat mahu dijaga kepentingannya. Jadi sebagai seorang ahli MIC, saya berasa politik pada masa kini adalah sesuatu yang sukar diharungi dan amat mencabar. Jika parti MIC ingin kukuh walau apa jua keadaan, kita harus ada persefahaman diantara ahli dan sokongan akar umbi yang kuat. Pada pendapat saya, kualiti adalah sama penting dengan kuantiti di arena politik. Kuantiti mudah dicari, bagaimana dengan kualiti ? Pelan tindakan MIC harushlah berlandaskan perkara ini. Marilah kita bersatu. Setia Kepada Parti. Berkhidmat Untuk Bangsa dan Negara.
P.K.Sathiyamoorthi

6 comments:

**-WaNTeDGaL-** said...

Tun M ‘s made a wrong decision, it tainted BN’s image but not in big scale. By judging the pledging of the MP’s and with Sabah MP’s affirmatively saying, they won’t cross over I believe this move by Tun M, favourably, had strengthen UMNO/BN.

MIC need to buckle up and show that they are the ONLY party for Indians, not just talk but do the walk. The dissatisfaction occurred not only because of UMNO but generally on BN. Therefore, all the parties in BN should increase their commitment to their community and resolve the problem if they don’t want PR to govern Malaysia in next election.

PUNITHAN SHAN said...

Vanakkam sir,

Actually there are still many ppl especially youngsters are loyal to MIC. But are kind of lost and dont know what to do....

Really looking foward for a move or agenda from the leaders to move this group in the right way.....

Anonymous said...

MIC is still relevant, as i can see indians are coming back to MIC seeking help especially in opposition states.

k.raveendran nair said...

Vanakam,Saudara Sathiyamoorthi. Saya tidak bersetuju dengan pandangan saudara yang menyatakan "politik masa kini sesuatu yang sukar diharungi" malah dalam tulisan saudara, boleh dikatakan hampir keseluruhannya saudara menuding jari kepada pihak ketiga sebagai punca dilemma yang dihadapi oleh saudara tetapi gagal menghayati akan punca undi protes terhadap BN mahupun MIC.

Bagi saya politik adalah satu perjuangan yang murni untuk membantu rakyat namun politik hari ini menjadi sukar kerana kita tersasar keluar dari matlamat murni tersebut. Pemimpin yang berjuang atas prinsip untuk memartabatkan rakyat tersungkur dengan dorongan nafsu dan mengejar kekayaan untuk diri sendiri dan rakyat dibiarkan menderita. Selagi perjuangan untuk memartabatkan rakyat dikhianati selagi itu perjuangan politik pemimpin akan ditolak. Dilemma saudara akan berterusan malah menjadi mimpi buruk bagi ramai pemimpin yang telah menjadikan politik sebagai pentas untuk mencari kekayaan. Bagi mereka, hilang kuasa bermakna hilang pendapatan.

Pembaharuan dari semua segi termasuk kepimpinan parti perlu dipercepatkan kerana rakyat semakin bosan dan jangan terkejut sekiranya orang utama parti meninggalkan parti demi untuk mengejar kekayaan bersama Kerajaan baru.

Reform or Become Irrelevant.

P.K.Sathiyamoorthi said...

Saudara K.Raveendran,

Saya tidak menunding jari kepada pihak ketiga dan adalah tidak benar jika saudara berkata saya tidak menghayati akan punca undi protes terhadap BN mahupun MIC. Ini kerana dalam penulisan saya , ada di nyatakan bahawa :

'Secara keseluruhannya, saya berpendapat, rata-rata mengundi pembangkang bukan kerana menyokong mereka tetapi sebagai tanda protes terhadap ketidakpuashatian pada pentadbiran sekarang.'

Saya juga telah jelaskan pandangan saya untuk mengharungi dilema politik yang melanda parti. Dimana ia merangkumi, persefahaman antara ahli parti, sokongan akar umbi yang mengambil kira kepimpinan dan pelaksanaan polisi.

'saya berasa politik pada masa kini adalah sesuatu yang sukar diharungi dan amat mencabar. Jika parti MIC ingin kukuh walau apa jua keadaan, kita harus ada persefahaman diantara ahli dan sokongan akar umbi yang kuat. Pada pendapat saya, kualiti adalah sama penting dengan kuantiti di arena politik.'

Saya juga telah membezakan dua keadaan dibawah pemerintahan kerajaan BN dan Kerajaan PR. Dimana kita harus akur bahawa ada perkara yang perlu diperbetulkan dalam pelaksanaan polisi pemerintahan BN.

Akhir kata, penulisan 'Dilema Politik' bukan semata-mata untuk mengubah kepimpinan parti-parti dalam BN. Ia adalah tentang senario keseluruhan kedudukan seorang ahli MIC dalam sesuatu keadaan.

'Semua insan mahukan yang terbaik, semua bangsa mahu mereka dihargai, semua masyarakat mahu dijaga kepentingannya'

Anonymous said...

What Mahathir did is correct!