Mengikut petikan akhbar dari Berita Harian, jelas menunjukan BN tidak mempunyai idea menawan hati pengundi masyarakat India ini jelas dapat dilihat apabila jawatan Exco (PAHANG) tidak di peruntukan kepada MIC untuk menjaga dan mertabaatkan nasib kaum ini, bagi saya ini satu penindasan oleh pemimpin BN. Walaupun saya sendiri seorang ahli MIC, kini saya berpendapat BN tidak lagi mendukung hasrat masyarakat India, jika kita meninjau negeri pemerintahan PR jelas tiada perkara sedemikian berlaku ini hanya berlaku dalam kepimpinan BN sahaja, maka itu saya rasa peluang perlu diberikan kepada PR untuk memerintah Negara ini seperti yang diwawar oleh Anwar Ibrahim. Manalah nak tahu masyarakat India maju dibawa pemerinthan kerajaan Pakatan Rakyat.
Belum cuba Belum tahu, saudara.
Malas dengan Birokrasi BN
Belum cuba Belum tahu, saudara.
Malas dengan Birokrasi BN
M.Suresh, Pulau Pinang.
PEKAN: Dua muka baru adalah antara tiga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Pahang yang dilantik dan mengangkat sumpah sebagai Exco di hadapan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar di sini, semalam. Mereka adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Ibam, Mohamad Sahfri Ab Aziz, 33, Adun Inderapura, Shafiq Fauzan Shariff, 44, dan Adun Cheka, Datuk Fong Koong Fuee, 56. Fong adalah bekas Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri bagi penggal lalu tetapi namanya tidak tersenarai ketika lapan Exco negeri ini mengangkat sumpah di hadapan Sultan Pahang pada 13 Mac lalu selepas Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan negeri di Pahang.
Pelantikan tiga Exco baru itu sebagai tambahan kepada tujuh Exco sedia ada, sekali gus mengisi tiga kekosongan, termasuk kerusi Exco yang ditinggalkan Datuk Maznah Mazlan kerana dilantik menjadi Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 18 April lalu. Majlis pengurniaan surat cara pelantikan Exco semalam, turut disaksikan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, Exco dan Adun lain. Bagaimanapun, portfolio bagi tiga Exco terbabit belum ditentukan dan difahamkan, mungkin berlaku sedikit rombakan yang akan diumumkan Adnan pada waktu terdekat.
Sementara itu, Mohamad Sahfri yang kini Exco paling muda di Pahang, berkata dia terkejut apabila namanya diumumkan sebagai Exco kerana dia tidak dimaklum akan dilantik ke jawatan itu. "Saya terharu dengan kepercayaan yang diberi Sultan Pahang dan Adnan, sehingga saya dilantik ke jawatan itu walaupun masih muda, sedangkan saya tahu ramai Adun lebih senior dan berpengalaman. "Ini tanggungjawab yang besar dan saya berjanji melaksanakannya sebaik mungkin. Sebenarnya, dilantik ketika usia muda bukan satu kelebihan, sebaliknya satu penghargaan dan cabaran kepada saya. "Esok (hari ini) ada mesyuarat Exco negeri pertama akan kami hadiri," katanya yang sudah dua penggal menjadi Adun.
Bagi Shafiq Fauzan, pelantikan itu disertakan dengan tanggungjawab yang perlu ditunaikan untuk berkhidmat kepada rakyat. "Saya akan ingat nasihat Sultan Pahang yang meminta supaya kami menjaga rakyat dengan baik, melaksanakan tugas dengan betul dan belajar daripada orang lama. "Saya berharap dapat menabur khidmat kepada seluruh rakyat dan meminta kerjasama semua pihak bagi memikul amanah yang diberi ini," katanya.
2 comments:
Apa yang berlaku di Pahang adalah amat menyedihkan kaum india di negeri itu mahupun sesiapa di negara ini.Penambahan EXCO dilakukan, tetapi tidak diberikan kepada wakil MIC. UMNO harus belajar daripada kesilapan mereka, terutama sekali pada masa sekarang. Mereka harus mencontohi pemerintahan pihak pembangkang di negeri2 lain yang menjaga kepentingan semua kaum. BN memang relevan, hanya UMNO perlu meyesuaikan diri dengan keadaan.
jangan putus asa
saya percaya kerajaaan BN sudah terima padahnya dan keputusan pilihanraya telah menunjukkan ketidakpuasan masyarakat india
terhadap kerajaan BN
Situasi di Pahang adalah keangkuhan MB Pahang,Belaiu akan terima padah seperti MB lain yang kalah.
Kerjasama dan sokongan Pemuda kepada MIC adalah diperlukan memastikan identiti dan suara masyarakat india tidak hilang
Post a Comment