Dear Visitors. Kindly noted that, we will only able to publish the comment which is related to the topic. Thank You.
Custom Search

Saturday, August 16, 2008

Keganasan PKR Berulang di Permatang Pauh

Diserang dan dipukul....
Jurugambar kumpulan Akhbar New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) Mohd Sairen Mohd Nafis, 26 dan seorang jurugambar agensi berita asing HBL Press News (France) Halim Berbar cedera diserang dan dipukul diserang oleh 20-30 orang yang memakai baju-T parti PKR sewaktu proses penamaan calon bagi pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh hari ini.
"Mereka menarik saya sehingga terjatuh dari pacuan empat roda," katanya sambil menambah dia ketika itu, sedang berdiri di atas kenderaan tersebut untuk mengambil gambar."Mereka kemudiannya mengheret saya kira-kira 15 meter sebelum tumbuk,terajang dan sepak di bahagian kepala, kaki, tangan dan badan saya," katanya.Beliau berkata, kejadian ngeri itu berlaku kira-kira 10 minit sebelum beliau dibantu oleh Halim yang turut dipukul.Bagaimanapun, kedua-dua mereka berjaya diselamatkan oleh pihak polis yang menyedari kejadian itu, katanya.Beliau cedera di bahagian tangan dan badan serta kehilangan kamera digital yang bernilai RM15,000 yang dipercayai dilarikan oleh kumpulan terbabit.
Diraba...
Sekumpulan lelaki yang memakai baju-T PKR serta membawa bendera parti itu telah meraba punggung beberapa ahli Puteri Umno semasa melalui belakang mereka.Apabila ahli Puteri memarahi mereka, kumpulan lelaki itu telah meludah ke arah mereka menyebabkan ahli Puteri terbabit melaporkan insiden itu kepada polis yang membawa masuk anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) untuk mententeramkan keadaan, katanya.
_____________________________________________________
Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) Norila Md :
........"Sebagai sebuah parti yang mendakwa mendokong kebebasan bersuara dan bermaklumat, tindakan itu dilihat tidak menepati apa yang mereka perjuangkan.
Presiden Kelab Media Pulau Pinang Zuraida Abdul Rahman :
..... ini merupakan insiden kali kedua dalam bulan ini dimana pengamal media dikasari dan dipukul oleh penyokong PKR dan ini amat membimbangkan kerana tindakan mereka semakin liar.
Presiden Kelab Wartawan Kebangsaan Mokhtar :
...... "kami mahu semua parti politik memastikan keselamatan pengamal media tempatan dan asing yang membuat liputan pilihan raya kecil kerana mereka hanya menjalankan tugas untuk orang ramai."

No comments: